PETALING JAYA – Pengagihan pendapatan untuk pelbagai perniagaan, borong dan dagangan tahun 2023 bermula Januari hingga Disember 2023 bagi RMstar adalah sebanyak lebih kurang RM12.32 juta.
Jumlah pengagihan pendapatan bersih itu melibatkan perniagaan-perniagaan konvensional dan halal dalam pelbagai sektor.
Ketua Pegawai Pemasaran RMstar Harun Idris berkata, pihaknya gembira dapat melaksanakan pengagihan pendapatan ini secara konsisten kepada pemegang portfolio yang menunjukkan daya tahan syarikat dan komitmen untuk menyampaikan nilai.
“Pengagihan ini adalah contoh dedikasi RMstar dalam mengutamakan matlamat kewangan para pemegang portfolio dan keyakinan kami terhadap kekuatan pendekatan yang kami ambil,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
RMstar adalah jenama bagi perniagaan pengurusan dana perniagaan alternatif di Malaysia.
Kepakaran RMstar dalam menguruskan aset, potensi perniagaan dan menunjukkan prestasi cemerlang yang konsisten terus meraih pengiktirafan dalam industri.
Antara anugerah yang diterimanya baru-baru ini adalah Anugerah Pengurusan Aset Asia Terbaik (Syarikat bawah 10 tahun) antara Yang Terbaik 2024; Ekuiti Asia Terbaik dan Dana Perniagaan Terbaik dalam negara bagi perniagaan start-up.