RUJUKAN

JANGAN PERCAYA PENYAMARAN MENJADI PIHAK BERKUASA

-Gambar hiasan-

Pihak berkuasa tidak akan menelefon anda untuk membincangkan sesuatu kes. Jika anda disyaki, pegawai polis akan terus menahan anda, tanpa berbincang dengan anda untuk urusan sebarang bayaran. Pihak kerajaan atau pihak berkuasa tidak pernah menawarkan sebarang perbincangan bayaran untuk menyelesaikan masalah kes jenayah.

Jika anda diberitahu di telefon bahawa anda disyaki terlibat dalam sebarang jenayah, atau mempunyai hutang, atau masalah-masalah lain yang berkaitan kewangan, jangan percaya. Jangan beri wang jika diminta untuk menyelesaikan kononnya ‘masalah’ tersebut. Untuk lebih yakin, ajak si penelefon untuk berbincang di balai polis berdekatan.

Jangan berikan PIN bank atau ATM kad kepada orang tidak dikenali.

Berwaspada jika number telefon yang tidak dikenali.

Ingatkan yang tersayang.