RUJUKAN

Jangan Tambah Beban, Tapi Tambah Wang Gandaan

-Gambar hiasan-

Ramai yang sanggup buat hutang baru semata-mata ingin merasa kereta baru, padahal yang ‘baru’ tu tidak akan kekal lama dan sentiasa baru.

Ia hanyalah suatu perasaan, rasa teruja sementara, rasa pencapaian, pujian melambung kawan-kawan, tetapi semua tu akan hilang dalam beberapa bulan sahaja. Yang pasti kekal ialah komitmen bayaran yang ditanggung beribu setiap bulan selama 7 tahun atau lebih.

Mengikut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 27% kes kebankrapan melibatkan hutang kenderaan. Kenapa? Sebab ramai terperangkap dengan hutang yang mereka tak sangka akan membebankan kewangan jangka panjang.

Bayangkan kalau duit bayaran bulanan tu disimpan sebagai aset. Sebagai contoh di portfolio perniagaan RMSTAR ini, dalam masa 3 tahun sahaja, sudah cukup untuk membeli kereta idaman secara cash. Bukan setakat kereta, malah boleh membina dana kecemasan, belanja untuk anak-anak dan tidak perlu risau duit untuk bersara nanti.

Contoh Azimah membeli portfolio perniagaan RMSTAR yang dengan harga RM50,000 dan dia berjaya peroleh keuntungan bulanan minima 3%, maka tahunan minima ialah RM18,000 x 3 tahun = RM54,000. Di tangan Azizah sekarang dia sudah mempunyai RM104,000 tunai bersih. Dia sudah mampu membeli Honda HRV tunai, tanpa interest, tanpa diikat selama 7 tahun . Inilah kebebasan sebenar. Bersabar 3 tahun bersama RMSTAR, bersenang-lenang kemudian sampai bila-bila tanpa ikatan hutang.

Atau tak beli kereta, simpan sahaja tunai di portfolio perniagaan, kerana cash itu adalah raja ! Kita masih boleh memandu kereta lama walau tak secantik mana, tapi bebas beban hutang. Hati tenang, jiwa lapang. Duit yang ada boleh disimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Kita tak kejar gaya hidup, tapi kita kejar kualiti hidup yang lebih stabil dan bebas kewangan.

Statistik menunjukkan bahawa harga kereta susut nilai sekitar 15-20% setahun, dan selepas 5 tahun, nilainya boleh jatuh sehingga 60% dari harga asal. Itu belum lagi termasuk kos penyelenggaraan, insurans, dan cukai jalan—semua tu duit kita yang terbakar setiap tahun. Bukankah ia tidak bijak membeli kereta baru. Kecuali lah anda mempunyai rancangan seperti Azizah di atas.

Bukan salah beli kereta kerana ia keperluan. Tapi ramai orang menyesal beli kereta berbanding tak beli kereta.

Oleh itu pilihlah ketenangan hidup, bukan tekanan hutang.

-Bahagian Pendidikan Kewangan RMSTAR-

Hubungi pegawai www.rmstar.net yang telah whatsapp anda jika punyai soalan lanjut berkenaan peluang gandaan kewangan ini.