RUJUKAN

Question & Answer

Q : Berapakah nilai minimum yang boleh mula ?
A : RM1,000

Q : Bolehkah menambah di masa hadapan atau mempunyai beberapa portfolio lain ?
A : Boleh

Q : Bagaimana untuk melihat, mengeluarkan atau menambah RMSTAR ini ?
A : Setelah membeli, anda akan menerima username dan password untuk melihat semua itu dalam sistem online peribadi RMSTAR anda

Q : Adakah caj tersembunyi yang tidak tertera ?
A : Telus dan tiada caj tersembunyi yang tidak diumumkan.

Q : Bagaimana jika ingin batalkan pembelian RMSTAR ?
A : Anda boleh keluarkan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj dan nilai tersebut kembali berada di bank akaun anda serta-merta

Q : Bilakah tarikh agihan keuntungan ?
A : 30 hari dari tarikh anda membeli RMSTAR, dan seterusnya.

Q : Adakah sebarang kontrak ?
A : Tiada. RMSTAR adalah fleksibel untuk anda.

Q : Keselamatan urusniaga ?
A : Semua urusniaga hendaklah dilakukan dengan bank syarikat sahaja bukan individu. Ia dilindungi PIDM. Resit syarikat, sijil dan sistem  online peribadi RMSTAR anda melindungi nilai yang anda beli. RMSTAR mematuhi undang-undang perniagaan dan kewangan Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Q : Bolehkah bakal pembeli ingin mengetahui testimoni ?
A : RMSTAR tertakluk dengan undang-undang perlindungan hak privasi data. Tiada maklumat peribadi pelanggan digunakan atau dihebahkan untuk pihak ke 3. RMSTAR adalah perniagaan berteras tinggi dan bukan perniagaan seperti MLM untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli.

Q : Siapakah pasukan dan pengurus RMSTAR ?
A : Rujuk di RUJUKAN 3

Q : Bilakah RMSTAR ditubuhkan ?
A : Bermula pada tahun 2012

Q : Adakah risiko ?
A : Nilai anda terjamin. Risiko hanya keuntungan yang sedikit atau berlaku peperangan di negara ini.

Q : Apakah kepastian hasil perniagaan RMSTAR halal ?
A : RMSTAR adalah agregator perniagaan teknologi. Tidak terlibat dengan
forex, bitcoin atau penyediaan perkhidmatan atau produk makanan dan
minuman.

Q : Bagaimana ingin melakukan pembelian ?
A : Anda boleh rujuk di bahagian PEMBELIAN

Q : Apakah yang akan terjadi jika pemegang portfolio meninggal dunia
atau hilang kekal upaya ?
A : Kesemua pembelian diwajibkan disertakan dengan maklumat waris. Ia
akan tertera di kontrak / akad pemegang portfolio.

Q : Adakah nilai kewangan terjamin ?
A : Urusan kewangan pembelian dan urusniaga semuanya wajib melalui akaun
bank syarikat sahaja, bukan akaun individu dan tiada pertukaran tunai
dibenarkan. Ia direkod dengan resit bank. Kewangan berada di dalam akaun
bank syarikat yang sah, diiktiraf Bank Negara Malaysia dan dilindungi
PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Q : Selain dari pegawai portfolio, bagaimana pemegang portfolio boleh berurusan jika pegawai itu bercuti atau berhenti perkhidmatannya ?

A : Kesemua maklumat dan pemegang portfolio RMSTAR adalah berada di bawah syarikat secara langsung. Pegawai portfolio hanya ditugaskan dan diberi gaji untuk memudahkan urusan pemegang portfolio dengan RMSTAR. Jika pegawai portfolio anda bercuti atau berhenti, RMSTAR akan memaklumkan lebih awal kepada pemegang portfolio. RMSTAR akan menyediakan pegawai yang baharu dan pemegang portfolio boleh terus berhubung secara langsung dengan Admin RMSTAR melalui email atau live support 24 jam.

Q : Apakah perkhidmatan RMSTAR?

A : Perkhidmatan RMSTAR sebelum ini dikenali dilakukan secara tertutup atau dipanggil close loop oleh beberapa pemegang taruh yang terdiri daripada titan industri, tokoh korporat, dan pengarah-pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan swasta dalam mencari perniagaan yang menjana keuntungan. Ia bermula pada 2012 dan pada 2020 semasa wabak Covid19 melanda dunia, RMSTAR membuka kepada awam akan peluang gandaan kewangan ini melalui kaedah Preference Share. Maka hasilnya terdapat IKS dan individu-individu bernilai tinggi mengetahui cara merancang kewangan dan mempunyai pilihan untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka.

Pejabat yang terletak di kawasan pesat strategik, KL Sentral di mana perkhidmatan ini bermula kecil dan merupakan projek perintis yang secara beransur-ansur berkembang ke seluruh negara.

Kini lebih 3500 pemegang portfolio telah mempunyai kelebihan kewangan dalam tempoh 1 dekad ini.

Semua urusan RMSTAR telah mendapat perlindungan dan pengiktirafan daripada PIDM, bank-bank tempatan serta Pusat Pungutan Zakat Wilayah untuk memastikan urusan perniagaan yang halal. Manakala bagi pemegang portfolio berstatus IKS, amat mudah bagi mereka menggunakan badan peguam dan perundangan kerana Preference Share adalah suatu urusniaga daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Berdasarkan rekod, RMSTAR yang bermula di Malaysia ialah negara kedua di dunia (selepas Jepun) dan yang pertama di Asia Tenggara dalam mempelopori Ekonomi Perak (Silver Economy) untuk warga berusia 50 tahun ke atas bagi menjamin kewangan mereka berganda di usia emas.

Q : Siapakah yang boleh membeli portfolio RMSTAR?

A : Semua individu dan syarikat yang mempunyai bank akaun tempatan boleh membeli, tanpa mengira umur atau status pekerjaan.

Individu daripada semua demografi mendapatkan nasihat daripada pegawai portfolio, termasuk profesional muda, individu pertengahan umur, mereka yang hampir bersara dan pesara.

Orang lain yang mendapat nasihat ialah individu yang bekerja sendiri, pekerja dan pekerja gig.

Q : Mengapakah anda perlu membeli portfolio RMSTAR ?

A : RMSTAR mendidik para pemegang portfolionya dalam mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan perancangan kewangan terutamanya untuk persaraan.

Dengan menerima nasihat dan bimbingan, mereka boleh membuat keputusan kewangan yang lebih baik, mengurus simpanan mereka dengan berkesan dan akhirnya berusaha ke arah kehidupan persaraan yang lebih terjamin dan selesa.

Q : Bagaimanakah pegawai portfolio RMSTAR membantu dalam pelbagai musim dalam hidup anda?

A : RMSTAR mengetahui bahawa para pemegang portfolionya akan mempunyai keperluan dan cabaran yang berbeza pada peringkat yang berbeza dalam kehidupan, dan inilah peranan pegawai portfolio anda di mana mereka akan memberikan panduan untuk menyesuaikan keadaan unik ini.

Untuk membantu setiap individu bersedia untuk persaraan mereka, Pegawai portfolio akan membimbing mereka dalam menilai keadaan kewangan semasa mereka, menyemak semula dan menyelaraskan matlamat kewangan, mengenal pasti dan merancang sumber untuk keperluan masa depan, menetapkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut, dan merancang untuk bersara, termasuk pengurusan membiayai selepas bersara.

Para pemegang portfolio dibenarkan untuk mengeluarkan wang daripada portfolio mereka melalui RMSTAR Portfolio Online System (RPOS) pada bila-bila masa, walaupun sebelum bersara, ia sangat fleksibel.

Pada peringkat kehidupan yang berbeza, pemegang portfolio mungkin menghadapi pelbagai cabaran berdasarkan latar belakang keluarga, gaya hidup, celik kewangan dan matlamat persaraan. Ada yang mungkin membeli rumah pertama mereka, membina keluarga, bekerja di sektor formal atau tidak formal, atau berurusan dengan simpanan yang tidak mencukupi.

Jadi apabila mereka sudah mempunyai portfolio di RMSTAR sejak beberapa tahun, mereka boleh menggunakan wang keuntungan tersebut. Mereka juga akan dibimbing melalui penilaian semula keadaan kewangan mereka, mengimbangi keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang, dan membuat keputusan berhemat mengenai pengeluaran RMSTAR.

Adalah sangat digalakkan untuk berunding dengan pegawai portfolio sebelum membuat sebarang keputusan pengeluaran untuk memastikan para pemegang portfolio mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi untuk masa depan.

Anda ‘tidak pernah terlambat untuk mula merancang’ untuk persaraan anda.

Q : Bilakah individu perlu mula merancang untuk bersara?

A : RMSTAR menggalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai portfolio pada peringkat awal kerjaya mereka.

Ini boleh membantu mereka menetapkan matlamat kewangan yang jelas, mengoptimumkan simpanan mereka, dan mewujudkan rancangan jangka panjang untuk persaraan yang selamat.

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan perancangan lebih awal dan lebih proaktif untuk memastikan persaraan yang lebih stabil dan selesa.

Jika anda belum mula merancang untuk bersara, anda masih boleh melakukannya sekarang, dengan bantuan pegawai portfolio RMSTAR. Hubungi mereka melalui whatsapp.

Masih belum terlambat untuk mula merancang persaraan. Menabung dan merancang sekarang boleh membawa kepada masa depan yang lebih selesa dan terjamin.

Perkara yang paling penting ialah menyedari keperluan untuk menyimpan dan mengambil langkah untuk mula menyimpan seawal mungkin.

Q : Bagaimanakah anda boleh mendapatkan nasihat daripada RMSTAR ?

A : Ada tiga cara boleh dapatkan khidmat rundingan RMSTAR.Reply semula whatsapp pengenalan yang dihantar pegawai tempohari.

Reply email ini atau hantar ke admin@rmstar.net

Atau anda boleh membuat temujanji dengan pegawai portfolio anda.

Q : Berapa lamakah saya boleh mendapat maklumat dari RMSTAR ?

A: Tiada had. Selagi anda masih berminat. Ia percuma.

Q : Siapakah yang akan memberi nasihat kepada anda?

A : Semua pegawai portfolio RMSTAR telah melalui program Perancang Kewangan Berdaftar Syariah (Shariah RFP) Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).

Q : Maklum balas daripada pemegang portfolio sedia ada

A : Kesemua pemegang portfolio RMSTAR telah memberikan “maklum balas positif” mengenai perkhidmatan RMSTAR, terutamanya mereka yang telah mendapat manfaat daripada portfolio-portfolio istimewa atau promosi dari semasa ke semasa.

Bahagian pendidikan RMSTAR juga melibatkan para pemegang portfolio melalui pelbagai sesi celik kewangan seperti Prospectus Day dan program jangkauan bersama pihak kerajana mahupun swasta.

www.rmstar.net sering memberikan penjelasan yang jelas dan nasihat bermaklumat mengenai perancangan kewangan kepada semua.

Q : Ok. Saya mahu beli sekarang portfolio untuk gandaan kewangan RMSTAR tetapi bagaimana untuk bermula ?

A : Langkah pertama adalah dengan snap IC yang dipalang RMSTAR. Berikan emailkan kepada admin@rmstar.net , kemudian invoice akan dikeluarkan kepada anda. Langkah seterusnya terdapat di invoice tersebut.

** Q&A ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan
terkini