Dana kekayaan negara Norway yang bernilai AS$1.6 trilion , merupakan syarikat kerajaan yang terbesar di dunia, mencatatkan keuntungan 1.2 trilion Crown (RM521 bilion) untuk suku pertama 2024 (Januari – Mac), dirangsang oleh saham teknologinya yang kukuh di lebih 8000 buah syarikat seluruh dunia.
Pulangan pegangan saham globalnya berjumlah 9.1 peratus dalam tempoh dari Januari hingga Mac 2024.
Dana negara itu melaburkan hasil pengeluaran minyak dan gas negaranya ke dalam saham, bon, hartanah tidak tersenarai dan projek boleh diperbaharui di luar negara.
Saiznya bersamaan dengan AS$283,000 untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak Norway.
-Bahagian Pendidikan Perniagaan & Kewangan RMstar-